Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2020

SAIDATINA KHADIJAH RA BIZ WOMEN

Imej
Siti   Khadijah Binti Al-Khuwailid begitulah nama diberi, beliau merupakan seorang isteri, sahabat, dan kekasih yang penyayang kepada baginda Rasulullah s.a.w. Namun, di sebalik sifatnya yang lemah lembut dan penyayang itu, beliau merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang amat dikenali sekitar tahun 585 masihi, selepas mewarisi perniagaan bapanya. Dalam situasi masyarakat Arab pada zaman itu yang gemar memandang rendah terhadap kemampuan kaum hawa, Khadijah masih dapat berdiri seiring dangan mereka. Kehebatannya dalam bidang perniagaan merupakan sesuatu yang amat mengkagumkan pada ketika itu. Di sini ingin kami rungkaikan satu persatu akan kehebatan bagaimana cara Siti Khadijah berniaga. PERTAMA :  Saidatina Khadijah telah menggunakan  konsep  ‘empowerment’  dalam perniagaannya.  ‘Apakah konsep yang dimaksudkan itu?.’ Konsep ini amat bertentangan dengan konsep berniaga secara kuku besi atau autokrasi, ini kerana beliau membenarkan para pekerjanya untuk berfikir, bertindak